Semakan Kelayakan & Semakan Tatacara Penebusan Wang Bantuan 2024

 


MyKasih: Semakan Kelayakan & Semakan Tatacara Penebusan Wang Bantuan 2024

MyKasih merupakan satu program bantuan yang dimulakan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean bagi membantu keluarga dan pelajar dalam kategori miskin, dengan memberikan bantuan voucher kewangan bagi membeli makanan asas.

Namun kali ini, program ini telah menjadi saluran bantuan bagi STR Tambahan atau lebih dikenali juga sebagai Sumbangan Asas Rahmah bagi pemohon STR yang berada di bawah kategori miskin tegar.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan myKasih ini, anda pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

MyKasih Foundation

MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Program bantuan makanan utama ‘Love My Neighbourhood’ dan skim dermasiswa pelajar ‘Love My School’ menggunakan teknologi proprietari untuk menyalurkan bantuan kepada penerima sasaran secara tanpa tunai.


Semua pengeluaran dilakukan melalui penggunaan Mykad (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) atau kad pintar, yang membolehkan mereka mengagihkan bantuan dengan cekap, telus dan selamat.

Sekarang sistem pengagihan kebajikan tanpa tunai MyKasih ini telah mula diguna pakai oleh kementerian, kerajaan negeri, agensi zakat, serta swasta untuk inisiatif tanggungjawab korporat mereka, dan salah satu bantuan yang disalurkan di bawah MyKasih ini adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Cara Penggunaan MyKasih

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

Pembelian tersebut boleh dilakukan dengan hanya menggunakan MyKad mereka sahaja, kerana bantuan yang disalurkan akan diaktifkan melalui myKad mereka, dan mereka akan menerima bantuan secara cashless.

Untuk cara penggunaan sistem MyKasih yang lebih jelas, anda boleh lihat pada gambar rajah dibawah:

Cara Daftar MyKasih

Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

Cara Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan penerima myKasih boleh diketahui melalui tiga cara iaitu melalui SMS, Semakan Prihatin Kasih, dan Semakan Program Bantuan Kasih Johor:

Semakan SMS :

  • Anda akan menerima SMS untuk memaklumkan kelulusan dan bantuan anda telah diproses.
  • Sila pastikan nombor telefon terkini anda didaftarkan dengan MyKasih.

Semakan Prihatin Kasih

  • Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
  • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Kemudian masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Semakan Program Bantuan KASIH JOHOR:

  • Layari portal semakan di MyKasih Johor:
  • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan Kasih Johor.
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Kemudian masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARa)


Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARa) juga akan disalurkan menggunakan sistem myKasih ini.

SARA ini merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar yang berada dalam data eKasih.

Bantuan berjumlah RM1,200/RM600 yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam bentuk bakul makanan serta baucer makanan asas bernilai RM100/RM50 bagi tempoh 12 bulan.

Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah:

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar.
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600.
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Amaun Bantuan SARA

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan
berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:

BilKategori Kelulusan STR 2024 (Miskin dan Miskin Tegar)Amaun Bayaran
1.Isi Rumah:
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1,200
2.Warga Emas Tiada PasanganRM1,200
3.BujangRM600

Cara Semak Status Kelayakan SARA

Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah atau SARa ini boleh disemak melalui kaedah-kaedah di bawah:

1. PORTAL SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

  • Log masuk ke portal rasmi STR
  • Masukkan no. kad pengenalan dan kata kunci yang telah ditetapkan.
  • Tekan semakan permohonan.


Bagi yang tidak layak, anda akan mendapat status seperti berikut:

2. CARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH

Anda juga boleh melakukan semakan status di Portal MyKasih dengan cara di bawah:\
  • Layari portal semakan di portal MyKasih
  • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
mykasih sara str

3. MELALUI TALIAN TELEFON:


Anda juga boleh melakukan semakan dengan menghubungi nombor di bawah:
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia anda boleh hubungi talian di bawah:Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Maklumat Lanjut

Jika anda perlukan maklumat tambahan, anda boleh hubungi atau mendapatkan maklumat tersebut di:
Portal Rasmi: MyKasih
Talian hotline MyKasih: 03-77201800
Emel: info@mykasih.com

Catat Ulasan

0 Ulasan