ISU SEMASA
Bantuan MySARA Sebanyak RM600 ~ Semak Segera Status Anda !

Apakah Bantuan MySARA RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Bantuan MySARA atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023 juga dikenali sebagai STR Tambahan.
Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima Bantuan MySARA ini.
Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.
Berapakah Kadar Bantuan MySARA ?
Kadar bantuan MySARA adalah RM600, dan bantuan akan disalurkan dalam bentuk makanan dan secara baucar barangan makanan asas.Ia akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak untuk membuat pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme penyaluran terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
Bilakah Tarikh Pembayaran Bantuan MySARA?
Bantuan akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
Siapakah Yang Layak Terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
STR Tambahan dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Catat Ulasan
0 Ulasan