Tarikh Pembayaran STR Fasa 4 Akan DIbayar Pada Bulan November 2023 !

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023 .

PENERIMA STR FASA 4

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.

 

TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023


MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan