ISU SEMASA
KWSP ~ Pengeluaran Penuh KWSP Kini Dibenarkan Bermula Sekarang !

Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran penuh KWSP melalui i-Akaun, untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan tertentu.
Terdapat dua kategori pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan iaitu :
- Pengeluaran sebahagian KWSP
- Pengeluaran penuh KWSP
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai pengeluaran penuh KWSP.
Kriteria Pengeluaran Penuh KWSP
Pengeluaran Penuh KWSP boleh dilakukan untuk beberapa tujuan, antaranya ialah:1. Meninggalkan Negara
Bagi ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh membuat mengeluarkan kesemua simpanan dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.2. Hilang Upaya
Pengeluaran penuh KWSP juga dibenarkan kepada para ahlinya yang kehilangan keupayaan fizikal atau mental sehingga menghalang mereka untuk bekerja.Malah, malah pihak KWSP akan memberikan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.
3. Berumur 55 tahun
Jika ahli mencapai umur 55 tahun, mereka secara rasminya memasuki usia persaraan dan boleh memilih untuk menguruskan wang persaraan mereka sendiri. Caruman yang diterima ke dalam akaun 1 dan 2 juga akan digabungkan ke dalam Akaun 55.Oleh itu KWSP akan membenarkan mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan akaun ini pada bila-bila masa.
4. Berumur 60 Tahun
Untuk makluman, sekiranya pencarum memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke sebuah akaun yang dikenali sebagai Akaun Emas. Ia bagaimanapun hanya boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai usia 60 tahun.Pada usia itu, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan serta boleh dikeluarkan sama ada keseluruhan atau sebahagian pada bila-bila masa.
5. Meninggal Dunia
Jika ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh boleh dibuat oleh waris. Makanya, pihak KWSP sangat menggalakkan para pencarum untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang masalah dan kesulitan.Kriteria Pengeluaran Sebahagian KWSP
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran sebahagian KWSP, sila hubungi :Telefon : 03-8922 6000
Faks : 03-8922 6222
Laman Web KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor
Catat Ulasan
0 Ulasan