3 Langkah Sahaja Untuk Anda Menjadi Member Shopee Sebagai Student ! Banyak Kelebihan Menanti Anda !


Tahukah anda, Shopee membuka pendaftaran khas untuk pelajar di mana anda boleh menikmati diskaun, baucar bahkan juga ansuran 0%. Program ini dinamakan Shopee for Student.



Baucar daripada penjual turut disediakan seperti 10% daripada Samsung, 15% daripada HONOR, RM10 daripada IT World dan pelbagai lagi.

Untuk ansuran 0% pula ada HONOR Magic4 Pro, vivo V23, vivo Y22s, produk audio daripada Marshall dan beberapa lagi.

Cara Daftar Shopee For Students

1. Melalui komputer, pergi ke pautan ini – https://shope.ee/1q8NUj7odl

Kalau melalui telefon, buka aplikasi Shopee, cari saja ‘Students’ kemudian tekan Shopee for Students.

2. Tekan Sign Up Now pada mana-mana imej.

3. Isikan maklumat diminta.Pastikan guna e-mel universiti, bukan e-mel peribadi. Contohnya, “2022198012@student.uitm.edu.my”.

4. Tekan Submit.

Selesai. Mudah, bukan?

Kini anda hanya perlu tunggu 3-5 hari bekerja untuk kelulusan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Shopee

Sumber: Shopee

SEMOGA BERMANFAAT !

Catat Ulasan

0 Ulasan