Tarikh Pengeluaran STR Fasa 3 Dijangka Dikreditkan Lebih Awal

PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada awal bulan Julai merujuk kepada kalendar Kementerian Kewangan.

Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Julai 2023


Maklumat tambahan :

  • Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Julai 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN STATUS STR

  • Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
  • Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan