Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bakal Disalurkan Sebelum Aidil Adha !


KUALA LUMPUR : Lebih 8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan mendapat bayaran, sebelum Hari Raya Aidiladha.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran itu melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang melebihi RM2 bilion dan bilangan penerima lapan juta itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji, Insya-Allah.

“Dan juga e-Belia sebanyak RM200 melibatkan mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun akan disalurkan sebelum sebelum minggu ketiga bulan ini,” katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanyakan pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan dalam pendekatan serta tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan dan kebocoran wang awam selain adakah kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3:






TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima sebelum menjelang Hari Raya Aidiladha merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri di Parlimen hari ini.

Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Jun 2023

SEMAKAN STATUS STR


MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Catat Ulasan

0 Ulasan