Pengambilan TLDM 2023 – Permohonan Dibuka Sehingga 24 Jun 2023 ~ Gaji Sehingga RM2,400 Keatas !

PENGAMBILAN AWAL PERAJURIT MUDA (PtM) TLDM SIRI 226/23 BAGI LEPASAN SPM/SVM (LELAKI) DAN LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN (LELAKI) AKAN DIADAKAN SECARA ‘WALK-IN’ BERMULA 9 HINGGA 24 JUN 2023 – RUJUK CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DI BAWAH

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuka pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 226/23 secara walk-in mulai 9 Jun 2023 ini hingga 24 Jun 2023.

Calon dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Pemilihan pengambilan kali ini terbuka kepada belia lelaki yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Berikut dikongsikan info lanjut untuk makluman anda yang ingin memohon.


Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda TLDM Siri 226/223

  • Jun 2023 (Jumaat) : Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah
  • 11 Jun 2023 (Ahad) : Rejimen 503 Askar Wataniah, Perak
  • 9 Jun 2023 (Jumaat) : MSS Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan
  • 11 Jun 2023 (Ahad) : KD Sri Gombak, Kuala Lumpur
  • 18 Jun 2023 (Ahad) : Pangkalan Udara Kuching, Sarawak
  • 20 Jun 2023 (Selasa) : RASCOM Sibu, Sarawak
  • 22 Jun 2023 (Khamis) : KD Sri Kota Kinabalu, Sabah
  • 24 Jun 2023 (Sabtu) : KD Sri Sandakan, Sabah

Syarat-syarat Permohonan

SYARAT UMUM
  • Semua calon lelaki berwarganegara Malaysia
  • Umur – 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 11 Disember 2023.
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta – Lelaki
  • Lepasan SPM dan SVM – Lelaki
  • Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin)
  • Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana

SYARAT KHUSUS

Syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:
1.SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu
2.Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
3.Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:Diploma in Engineering
  • Diploma in Electrical Engineering
  • Diploma in Electronics Engineering
  • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
  • Diploma in Marine Engineering
  • Diploma in Software Engineering
  • Diploma in Microelectronic Engineering
  • Diploma in Information Engineering
  • Diploma in Telecommunication Engineering
  • Diploma in Mechanical Engineering
  • Diploma in Mechatronic Engineering
  • Diploma in Manufacturing Engineering
  • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance
  • Advanced Diploma in Engineering
                            Kepada yang berminat, anda boleh memohon secara atas talian melalui maklumat yang tertera di bawah.

                            Cara Permohonan

                            Pemohon perlu hadir ke lokasi mengikut tarikh yang ditetapkan serta berpakaian seperti berikut:
                            • Waktu pendaftaran : 0800H hingga 0830H
                            • Waktu pemilihan : 0830H hingga 1700H
                            • Pakaian Temuduga : Pakaian sukan dan berkasut sukan


                            Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil dan dokumen asal seperti berikut:
                            • Kad Pengenalan (MYKAD) beserta 1 salinan fotostat
                            • Sijil Kelahiran pemohon beserta 1 salinan fotostat
                            • Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Sijil Diploma / Transkrip Diploma beserta 1 salinan fotostat
                            • Salinan Kad Pengenalan (MYKAD) ibu dan bapa dan 1 salinan fotostat
                            • Sijil kelahiran ibu dan bapa beserta 1 salinan fotostat

                            Calon yang berjaya melepasi tapisan akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel.

                            Pemohon perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan borang.

                            Pemohon yang berjaya / gagal akan diberitahu melalui emel selepas tapisan pada bulan Julai 2023.

                            Semakan Keputusan Permohonan TLDM

                            1. Pemohon boleh melayari laman sesawang http://www.navy.mil.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan / Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 atau terus ke http://www.navy.mil.my/pengambilanllp/.

                            Pemohon yang layak dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

                            2. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Sel Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau Emel ke pengambilantldm@navy.mil.my.

                            3. Keputusan yang dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad.

                            Maklumat Lanjut Semakan & Permohonan Kemasukan TLDM 2023

                            Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan atau terus ke Laman Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia

                            ATAU

                            Terus ke laman web rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia https://www.navy.mil.my/index.php/ms/perkhidmatan/pendaftaran-pengambilan-perajurit-muda-tldm-siri-226-23

                            Catat Ulasan

                            0 Ulasan