Kini Rasmi Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Akan Mengikut Hari Bekerja Sebelum Aidil Adha

PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Tarikh bayaran STR Fasa 3 — Bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan atau mengemaskini permohonan sebelum ini, semakan status kelayakan kini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR.

Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima sebelum Hari Raya Aidiladha merujuk kepada kalendar Kementerian Kewangan.

Maklumat tambahan :

  • Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Jun 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN STATUS STR


MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Catat Ulasan

0 Ulasan