e-Tunai Belia Rahmah Dikreditkan Sebanyak RM200 Bermula Jun 2023

 


Sama seperti tahun sebelumnya apabila Bajet 2022 dibentangkan, Bantuan e-Wallet 2023 untuk belia akan diteruskan pada tahun ini. Ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023

Apa yang menarik mengenai e-Tunai tahun ini adalah ia menawarkan kadar bantuan tambahan sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini sahaja.

e-Tunai dijenamakan kepada e-Tunai Belia Rahmah.

e-Tunai Belia Rahmah 2023

Berdasarkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Tunai bagi tahun 2023 akan diteruskan.

Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif ini akan memanfaatkan 2 juta belia

Untuk makluman, kadar bayaran e-Tunai pada tahun ini akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.


Kadar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023

Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif e-Belia rahmah akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-wallet kepada yang layak:

e-Tunai Belia Rahmah : RM200

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan untuk inisiatif ini bagi tahun 2023 belum diumumkan.

Namun begitu, pengkreditan akan bermula pada Jun 2023. Ini bermaksud permohonan juga akan dibuka pada bulan hadapan.

Setelah berjaya dikreditkan, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam sebelum tarikh tutup penggunaan e-tunai tersebut.

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eTunai yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-wallet permohon

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023

Berikut dikongsikan syarat kelayakan bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023:

  • Belia berumur 18 sehingga 20 tahun: dan
  • Pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas

SEMOGA BERMANFAAT !

Catat Ulasan

0 Ulasan