Pelajar Sepenuh Masa Dan Belia Kini Boleh Memohon e-Tunai Bernilai RM200 !


Sama seperti tahun sebelumnya apabila Bajet 2022 dibentangkan, Bantuan e-Wallet 2023 untuk belia akan diteruskan pada tahun ini. Ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023

Apa yang menarik mengenai e-Tunai tahun ini adalah ia menawarkan kadar bantuan tambahan sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini sahaja.

e-Tunai dijenamakan kepada e-Tunai Belia Rahmah.

e-Tunai Belia Rahmah 2023

Berdasarkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Tunai bagi tahun 2023 akan diteruskan.

Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif ini akan memanfaatkan 2 juta belia

Untuk makluman, kadar bayaran e-Tunai pada tahun ini akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.


Kadar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023

Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif e-Belia rahmah akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-wallet kepada yang layak:

  • e-Tunai Belia Rahmah : RM200

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan untuk inisiatif ini bagi tahun 2023 belum diumumkan.

Namun begitu, jika dibandingkan dengan tahun, permohonan kredit epemula telah dibuka pada 11 April sehingga 1 Jun 2022.

Setelah berjaya dikreditkan, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022.

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-wallet permohon

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023


Berikut dikongsikan syarat kelayakan bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023:

  • Belia berumur 18 sehingga 20 tahun: dan
  • Pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas

Kami akan mengemaskini lebih banyak maklumat mengenai inisiatif e-Belia ini jika terdapat sebarang maklumat baharu mengenainya.

SEMOGA BERMANFAAT !

Catat Ulasan

2 Ulasan