Bayaran Fasa Ketiga Bernilai RM200 Akan Dibayar Bulan Ini !

Bayaran Fasa Ketiga RM200

Berita gembira untuk pekebun kecil, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 daripada RM600 kepada RM800.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini.

Pemberian bantuan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM256 juta yang akan memanfaatkan 320,000 pekebun kecil.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT merupakan bantuan yang disalurkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat musim tengkujuh yang melanda negara.

Pekebun kecil getah ialah pemilik pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri manakala penoreh bukan pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.


Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM800 berbanding sebelum ini RM600 sahaja.

Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan.


Jadual Bayaran Bantuan RM800

Berikut adalah jadual bayaran bantuan khas ini seperti dibawah :
  • Fasa 1 pada bulan Januari 2023 : RM300
  • Fasa 2 pada bulan Februari 2023 : RM300
  • Fasa 3 pada bulan Mac 2023 : RM200

Nota : Pembayaran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.

Syarat Kelayakan Bantuan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan BMT :

Pekebun Kecil RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
  • Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja

Penoreh Bukan Pemilik

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Tatacara Semakan Bantuan Musim Tengkujuh

Tatacara semakan status permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut :

Info Lanjut

Info lanjut mengenai BMT 2023 di dalam Belanjawan 2023, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/

Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022

Catat Ulasan

0 Ulasan