STR Fasa 4 ~ Semakan Status , Tarikh & Jumlah Bayaran



Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 4.

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2023.

Jumlah Bayaran Setiap Kategori

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4




Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/




Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.


Kadar Tambahan Bayaran STR 2023

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.



Untuk maklumat lanjut tentang pembayaran STR bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah dalam ruangan di bawah:


Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
SEMOGA BERMANFAAT !

Catat Ulasan

0 Ulasan