STR 2023 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA

 


Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 3.

Penerima STR Fasa 3

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.


JUMLAH BAYARAN STR FASA 3




Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada Julai 2023.

Cara Semakan STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.


Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

SEMOGA BERMANFAAT !

Catat Ulasan

0 Ulasan