Fasa 1 ~ Pengeluaran Kwsp Fasa 1 Kini Dibenarkan Bermula Awal Bulan April Ini !


Pengeluaran KWSP Fasa 1 : Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.

Pengeluaran KWSP Fasa 1

Dalam satu kenyataan KWSP menjelaskan bahawa pengeluaran KWSP Fasa 1 akan dibuka bermula 7 April 2023.

Permohonan Fasa 1, kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian.

Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.

Permohonan Pengeluaran KWSP Fasa 1

Permohonan pembiayaan peribadi ini boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Sebelum membuat permohonan, ahli perlu membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP. Permohonan hendaklah dibuat mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan.

Kemudahan ini disasarkan kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 2 dan disokong dengan pendapatan yang berpatutan.


4 Juta Pencarum KWSP Bakal Mendapat Manfaat

Kemudahan ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak.

Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka diantara 4 peratus (%) hingga 5 peratus (%) setahun.

Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang lain.


Pencarum Boleh Membuat Pengeluaran Sehingga RM50,000

Jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum sebanyak RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.

Dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank. Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38 peratus (%) yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10 ribu dan ke bawah.

Maka sebab itu penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar punyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Maklumat Lanjut


Maklumat lanjut berkaitan fasiliti di atas boleh diperoleh melalui saluran berikut:
SEMOGA BERMANFAAT !

Catat Ulasan

0 Ulasan