ISU SEMASA
TERKINI ~ Tarikh Dan Syarat Bagi Bantuan e-Wallet Sebanyak RM 200 !

Bayaran Bantuan E-Wallet RM200
Sama seperti tahun sebelumnya apabila Bajet 2022 dibentangkan, Bantuan e-Wallet 2023 untuk belia akan diteruskan pada tahun ini. Ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.Apa yang menarik mengenai e-Wallet tahun ini adalah ia menawarkan kadar bantuan tambahan sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini sahaja.
Kadar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah
Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif e-Startup akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-Wallet kepada 2 kumpulan di mana setiap kumpulan akan menerima bantuan pada kadar berikut:- Single e-Beginner : RM200
- e-Starter M40 : RM100
Syarat Kelayakan Bantuan e-Tunai 2023
Berikut adalah syarat kelayakan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah :- Belia berumur 18 hingga 20 tahun; dan
- Pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas
Kami akan mengemas kini lebih banyak maklumat mengenai inisiatif e-Tunai bantuan kredit e-Wallet ini jika terdapat sebarang maklumat baharu mengenainya.
Tarikh Bayaran Bantuan E-Wallet RM200
Tarikh rasmi bagi bayaran bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Namun, dijangkakan pembayaran bagi bantuan ini akan dilaksanakan pada pertengahan tahun (Mac) ini.SEMOGA BERMANFAAT !
Catat Ulasan
0 Ulasan