ISU SEMASA
Bajet 2023 ~ Senarai Inisiatif & Bantuan Rakyat !

BELANJAWAN MADANI BAJET 2023
Strategi #Belanjawan2023 berpandukan kerangka dasar MADANI- Belanjawan MADANI ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur, mampu depani tantangan ekonomi global
- Kerajaan hidang Belanjawan dengan memaparkan fakta dan angka sebenar, tidak cuba kaburi minda rakyat dengan data memukau
- Ekonomi dijangka berkembang sederhana pada 4.5 peratus berbanding unjuran awal 4-5 peratus pada 2023 berbanding 8.7 peratus pada 2022
- Peruntukan Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM386.14 bilion daripada RM372.3 bilion pada Oktober 2022
- Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023
- Kerajaan menjangkakan kutipan hasil 2023 berjumlah RM291.5 bilion ketimbang RM294.4 bilion pada tahun lalu – PM Anwar
- Kerajaan mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus
- Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan
- Belanjawan 2023: Indeks Persepsi Rasuah 2022 jatuh ke tangga 61 dibandingkan tangga 29 pada 1998, asbab kemerosotan kerana gagal bendung rasuah politik
- Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 iaitu pada kadar 3.3 peratus
- Tarif elektrik telah dikekalkan bagi semua pengguna domestik dan perniagaan PKS
- Agihan dividen ASB yang lebih kepada rakyat memerlukan
- Kerajaan ambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar atau struktur percukaian
- Wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel diseleweng pada 2022
- Kerajaan hilang RM72 juta hanya disebabkan proses kutipan duti import yang lemah
- Kerajaan cadang perkenal Cukai Barangan mewah mulai tahun ini
- Kerajaan sedia RM50 juta bagi membina baharu, naik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan
- Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus
- Kerajaan terus sedia pelbagai kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion
- Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengilangan yang memindahkan operasi ke Malaysia dan kadar cukai 15 peratus kepada C-Suite sehingga tahun 2024
- Prestasi pasukan penyelamat Malaysia di Turkiye amat cemerlang dan membanggakan, harap dapat tingkatkan kecekapan mengurus bencana
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 1 – Golongan B40
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- Bantuan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak
Tambahan:
- RM600 : Bakul makanan dan baucar makanan asas)
- RM3,100 : Sumbangan Bakul Rahmah
SEMOGA BERMANFAAT !
Catat Ulasan
0 Ulasan