Tarikh Pembentangan Bajet 2023/Belanjawan 2023



Belanjawan 2023 akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023

Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) dijadual dibentangkan pada jam 4 petang, 24 Februari depan di mana ianya terkandung dalam Takwin Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas, yang akan mula bersidang pada 13 Februari ini.

Apa inisiatif Bajet 2022 yang akan dikekalkan? Apa inisiatif baru yang telah dimasukkan?

Berikut dikongsikan info terkini tentang pembentangan Bajet / Belanjawan 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Perbendaharaan, antara lain bagi membincangkan mengenai Belanjawan 2023.

Pertemuan tersebut diadakan bersama Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin, tengah hari tadi di Putrajaya.

“Kami menelaah serta menekuni urusan Perbendaharaan terutamanya soal rakyat dan Belanjawan 2023 yang akan datang, selain menyelesaikan urusan kerajaan sebelum melangkah ke tahun baharu 2023,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tarikh Pembentangan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul pada 29 Disember mengesahkan Anwar dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari pada Sidang Pertama Parlimen ke-15, tahun depan.

Belanjawan itu akan dibentangkan Anwar, yang juga Menteri Kewangan, pada sidang Dewan Rakyat bermula pada 13 Februari.


Fokus Utama Bajet 2023

Belanjawan baharu akan datang akan diberi nafas baharu yang akan mendepani pelbagai masalah yang mencengkam kehidupan rakyat yakni kemiskinan dan kesenjangan.

Pemacuan ekonomi dan usaha mengembalikan keyakinan adalah fokus utama Kerajaan Perpaduan.

Berikut merupakan antara inisiatif pentadbiran YAB Perdana Menteri Ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Maklumat Lanjut

Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP PUTRAJAYA

Hotline : 03-88839160 / 03-88839161

E-mel : bajet2023@treasury.gov.my

Laman web : https://budget.mof.gov.my/

LIVE streaming : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/1

Catat Ulasan

0 Ulasan