ISU SEMASA
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ~ Fasa 2 Kini Mula Dikreditkan !


TARIKH BAYARAN STR FASA 2
Tarikh pembayaran bagi STR Fasa 2 belum diumumkan setakat ini. Hal ini kerana pembayaran STR Fasa 1 baru sahaja diumumkan, oleh sebab itu pengumuman bagi tarikh bayaran STR Fasa 2 masih terlalu awal.Tetapi jangkaan pembayaran STR Fasa 2 jika mengikut bayaran BKM 2022 di mana setiap 3 bulan pembayaran akan dilaksanakan.
Oleh yang demikian, jika mengikut perkara tersebut dijangkakan pembayaran fasa seterusnya adalah pada bulan April 2023.
Walau bagaimanapun ia hanyalah sekadar jangkaan. Pihak kerajaan akan umumkan tarikh bayaran yang rasmi pada masa akan datang.
KATEGORI KELAYAKAN STR
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
SEMOGA BERMANFAAT !
Catat Ulasan
0 Ulasan