ISU SEMASA
Skim Cakna Suri ~ Bantuan RM 200 One-Off Untuk Suri Rumah Bagi Tahun 2023
.jpg)
Skim Cakna Suri 2023
Skim Cakna Suri merupakan satu skim khas yang diwujudkan untuk memberi sumbangan kepada suri rumah secara one-off.Skim ini diberikan sebagai tanda penghargaan buat suri rumah atas jasa dan pengorbanan mereka dalam membangunkan negara.
Pemohon yang layak akan diberikan sumbangan tunai RM200 secara one-off.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan:- Suri rumah sepenuh masa
- Berumur 54 tahun dan ke bawah
- mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
- Pendapatan isi rumah RM2000 dan ke bawah
- Pemohon bukan penerima Skim Cakna Suri 2022
Cara Membuat Permohonan
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:Permohonan hendaklah diisi secara manual iaitu dengan menghantar borang permohonan ke Pusat Khidmat DUN masing-masing.
Atau anda boleh hantar secara pos di alamat yang tertera pada borang permohonan.
Borang boleh diperolehi di Pusat Khidmat DUN atau anda boleh memuat turun borang DI SINI
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk talian berikut:- Unit Pembangunan Keluarga: 013-983 6915
- Unit Kaunseling: 013-983 5912
Semoga Bermanfaat !
Catat Ulasan
0 Ulasan