Pembayaran STR Fasa 1 Mula Dibayar Secara Berperingkat Mulai Hari Ini !



Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1 yang sebelum ini dikenali sebagai Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mula dibayar secara berperingkat mulai 17 Januari 2023.

STR ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, dan warga emas tiada pasangan.

Bantuan ini diberikan bagi menunjukkan Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Pembayaran bantuan ini diawalkan pada Januari 2023 berbanding Mac 2023 seperti yang dijadualkan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Pembayaran bantuan STR ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.67 bilion kepada tiga kategori penerima yang disebutkan sebelum ini.


Kategori Penerima

Kategori penerima untuk pembayaran BKM ini adalah seperti berikut:


Jumlah Pembayaran Fasa 1

Pembayaran bagi Fasa 1 akan melibatkan jumlah seperti berikut:



Proses Pembayaran

Proses pembayaran STR ini akan dikreditkan seperti berikut:
  • Ada Akaun – Pengkreditan mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN.

Semakan Status Pembayaran

Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/ mulai 17 Januari 2023.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa 1, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Semoga Bermanfaat !

Catat Ulasan

0 Ulasan