i-Akaun ~ Permohonan Pengeluaran i-Akaun KWSP Secara Online !


Tujuan Pengeluaran i-Akaun KWSP

Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut :
  • Pengeluaran untuk membeli rumah
  • Pengeluaran untuk membina rumah
  • Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
  • Rawatan perubatan
  • Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
  • Pengeluran untuk pendidikan

Syarat Kelayakan

Syarat membuat permohonan Pengeluran i-Akaun KWSP adalah seperti berikut:
  • Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP

Cara Membuat Pengeluaran i-Akaun KWSP Online

Untuk membuat Pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-Pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk membuat permohnan e-pengeluaran.

Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP

2. Klik menu ‘Pengeluaran’

3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’

4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)

5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.

6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran

7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.

8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.

Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?

Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.

Semoga bermanfaat!

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my

Semoga Bermanfaat !

Catat Ulasan

0 Ulasan