Berita Baik Kepada Pencarum ! Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Secara Bersasar !




KUALA LUMPUR : Lebih 300,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin boleh menarik nafas lega selepas isu tuntutan yang disuarakan oleh rakyat menerusi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan diketengahkan dalam mesyuarat kabinet, hari ini.

Perkara itu diumumkan Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) Azmi Mohd Tahir apabila beliau dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkaitan perkara tersebut.


Info Terkini Pengeluaran Khas KWSP 

Menurut Presiden PGIRM, Azmi mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak tuntutan yang disuarakan PGIRM dan beberapa NGO lain, namun beliau hanya bimbang tentang baki simpanan segelintir pencarum yang terlalu sedikit.

“Baru sebentar tadi saya menerima panggilan daripada Menteri (Salahuddin) yang menyatakan bahawa PM (Anwar Ibrahim) tidak menolak cuma bimbangkan tentang simpanan segelintir pencarum yang sangat sedikit.

“Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa esok akan diadakan mesyuarat kabinet bagi membincangkan isu Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Bersasar.

“Beliau (Salahuddin) turut meminta semua pencarum untuk bersabar dan bertenang, Insyaallah akan direalisasikan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Azmi sebelum itu mengulas kenyataan PM, Anwar yang bimbangkan masa depan pencarum jika dibenarkan pengeluaran sekali lagi, namun timbul persoalan terhadap rakyat yang tidak mempunyai caruman, adakah termasuk dalam kebimbangan Anwar terhadap masa depan mereka.

Katanya, bagi rakyat yang tidak mempunyai caruman dan caruman simpanan yang sedikit, mereka harus dibantu oleh kerajaan dengan alternatif lain bagi meringankan beban kos sara hidup mereka.

“Tetapi, bagi rakyat yang mempunyai simpanan KWSP, mereka perlu dibenarkan mengeluarkan wang mereka secara bersasar bagi meringankan beban kos sara hidup, menyelesaikan bebanan hutang tertunggak dan survival hari ini.

“Oleh itu, secara langsung, pihak kerajaan tidak perlu memperuntukkan wang yang banyak untuk membantu rakyat dan boleh memberi tumpuan kepada rakyat yang tidak mempunyai simpanan KWSP dalam meringankan beban dan tekanan hidup mereka,” katanya.

Memorandum tuntutan PGIRM yang pernah diserahkan kepada Ketua Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin tahun lalu.



Tambahnya, dia menyambut baik keperihatinan Anwar memikirkan nasib dan masa depan rakyat tetapi dalam keadaan terkini yang mana keadaan ekonomi dunia tidak menentu maka rakyat sudah tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan disebabkan kos sara hidup yang tinggi.

“Malah rata-rata pencarum yang terdesak ini terikat dengan hutang yang tertunggak kerana pendapatan yang tidak seimbang serta kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil oleh kerana faktor usia dan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Sehubungan itu, Azmi mewakili PGIRM akan terus merayu kepada PM untuk meluluskan tuntutan Pengeluaran
 Khas KWSP kali kedua bagi kelangsungan hidup rakyat yang sangat tertekan.

SEMOGA BERMANFAAT !

Catat Ulasan

0 Ulasan