Bantuan Tunai Rakyat : Tarikh & Jumlah Bayaran Bagi Januari 2023



Apa itu Bantuan Tunai Rakyat 2023 ?

BTR 2023 adalah bantuan tunai yang diberikan setiap tahun seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet tahunan khusus untuk rakyat. Nama bantuan kemungkinan belum dimuktamadkan dan ianya dikemaskini berdasarkan ucapan Perdana Menteri pada Sidang Dewan Rakyat 20 Disember 2022. Antara bantuan seperti ini bagi tahun sebelumnya termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.

Bayaran Fasa 1

Seperti bantuan-bantuan sebelum ini, bayaran bantuan dibuat secara beberapa fasa. Bagi bantuan tahun 2023, bayaran Fasa 1 akan dibuat seperti berikut:

Tarikh Bayaran

Fasa 1 : Diawalkan kepada Januari 2023 (berbanding Mac seperti dimaklumkan sebelum ini)

Jumlah Bayaran

Fasa 1 :
  • Isi rumah : RM 300
  • Bujang : RM 100
Untuk perincian lanjut mengenai Bantuan BTR 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan oleh pihak kerajaan sama ada daripada Kementerian Kewangan (MOF) ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk maklumat berikut;

Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BKK MOF : 03-8882-4565 / 03-882-4566

Semoga Bermanfaat !

Catat Ulasan

0 Ulasan