ISU SEMASA
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 Telah Mula Dikreditkan Pada Hari Ini !


Untuk makluman, bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 telah diawalkan pada Januari ini.
Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sesi Pagi)
Berikut dikongsikan lebih lanjut berkenaan Bantuan Tunai Rakyat 2023.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023
BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat yang mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKMBantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada Januari berbanding yang dijadualkan pada bulan Mac. Ini kerana mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.
Perdana Menteri berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan hampit sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion
Bayaran Fasa 1
Seperti bantuan-bantuan sebelum ini, bayaran bantuan dibuat secara beberapa fasa. Bagi bantuan tahun 2023, bayaran Fasa 1 akan dibuat seperti berikut:Tarikh Bayaran
Fasa 1 : Diawalkan kepada bulan Januari iaitu bermula pada 15 Januari 2023 (bagi pengguna bank BSN)
Jumlah Bayaran
Fasa 1 :
- Isi rumah : RM 300
- Bujang : RM 100
Untuk perincian lanjut mengenai Bantuan BTR 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan oleh pihak kerajaan sama ada daripada Kementerian Kewangan (MOF) ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk maklumat berikut;- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline BKK MOF : 03-8882-4565 / 03-882-4566
SEMOGA BERMANFAAT !
Catat Ulasan
0 Ulasan