Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023) ~ Tarikh & Cara Bayaran !



Menurut Tengku Zafrul Bantuan Kewangan yang akan diberikan secara ‘one-off’ itu akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada para murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah.

Syarat Kelayakan BAP 2023

Untuk BAP 2023 yang diberikan secara ‘one-off’ ini akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya akan diberikan kepada murid yang pendapatan ibu bapanya adalah RM3,000 ke bawah.

Tarikh Bayaran BAP 2023

Kementerian Pendidikan telah memaklumkan tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023 bermula 12 Januari 2023.

Kaedah Penyaluran Bayaran

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
  • Tunai; atau
  • Disalurkan terus ke akaun bank murid

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan_Awal Persekolahan (BAP), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut: https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

ATAU

Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan info lanjut.



Catat Ulasan

0 Ulasan