Jawatan Kerajaan
Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2023 Dibuka Sehingga 31 Disember 2022

PERMOHONAN PENGAMBILAN AWAL PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 197 DAN WANITA SIRI 48 TAHUN 2023 SECARA ATAS TALIAN
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda TD Lelaki Siri 197 & Wanita Siri 48 Tahun 2023 atas talian dibuka.
Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Siri 197 / 2023
SYARAT ASAS PERMOHONAN- Warganegara Malaysia
- Ketinggian minimum lelaki 162cm, wanita 157cm
- Syarat minima, lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM
- Bagi SVM, PNGK Akademik melebihi 2.0
- BMI 18.0-26.0
HANYA CALON YANG LAYAK AKAN DISENARAI PENDEK UNTUK MENGHADIRI UJIAN PEMILIHAN AKHIR
1.Pemeriksaan Kesihatan.2.Ujian Kecergasan:
- Larian 2.4 KM – 14 minit
- Tekan Tubi – 40 kali
- Bangkit Tubi – 45 kali
- Ujian Kecerdasan (IQ)
- Ujian Psikologi
- Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
Skim Gaji Kelayakan Akademik
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
- SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
Elaun & Kemudahan Tentera Darat
ELAUN- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman
Tarikh Permohonan
Tarikh Permohonan Dibuka : 13 hingga 31 Disember 2022Cara Permohonan Pengambilan Tentera Darat Malaysia 2022
1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan pautan di:Pautan Permohonan Atas Talian:
1. Pendaftaran Permohonan: https://mims.mod.gov.my
2. Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my
3. Panduan Permohonan: https://army.mil.my/…/iklan-pengambilan/panduanpermohonan
1. Sila sediakan dokumen yang jelas untuk dimuat naik ke dalam sistem pendaftaran ketika sesi pendaftaran bersemuka nanti.
2. Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran.
3. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
4. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.
5. Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di no berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470
PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.
2. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.3. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
4. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
5. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.
Cara Pendaftaran Online
1. Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )
- atau
- Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
- NAMA PENUH
- NO KAD PENGENALAN
- JANTINA
- NO TELEFON (Boleh dihubungi)
- EMAIL (Aktif)
- KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
- Tekan (Click) DAFTAR
- (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:
- Facebook Tentera Darat Malaysia : https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
- Portal Jom Masuk Tentera di pautan https://jmt.mod.gov.my/
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di no berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470
Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.
Semoga Bermanfaat !
Catat Ulasan
0 Ulasan