Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas RM100 (KGT) untuk penjawat awam mulai Januari 2023



Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas RM100 (KGT) untuk penjawat awam mulai Januari 2023

TERKINI : Kerajaan setuju beri KGT Tambahan Khas RM100, bantuan kewangan khas RM700 kepada penjawat awam – PM Anwar

Sebelum ini dalam Bajet 2023, Kerajaan terdahulu mengumumkan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

Berikut dikongsikan laporan penuh berkaitan kenaikan ini yang dibentangkan dalam Mini Belanjawan / Bajet Mini 2023.

Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023 (Belanjawan Mini 2023)

Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari 2023.

Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180.

Kenaikan ini bakal dimanfaatkan seramai 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

Kerajaan turut bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion

Sebagai membalas khidmat bakti kakitangan kerajaan, Perdana Menteri juga memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 yang dinaikkan kepada RM600 diteruskan dan dibayar pada Mac 2023.

Catat Ulasan

0 Ulasan