ISU SEMASA
JKM 2022 : Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2022
Tahukan anda? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
CARA MEMOHON
Cara permohonan adalah seperti berikut:Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) - Muat Turun
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.
Semoga Bermanfaat !
Catat Ulasan
0 Ulasan