Cara-Cara Menukar Akaun KWSP Simpanan Konvensional Ke Shariah



Bagi pencarum beragama Islam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan pilihan simpanan Shariah kepada ahli atau pencarum yang ingin bertukar daripada akaun simpanan konvensional ke simpanan shariah.

Simpanan Shariah adalah pilihan simpanan yang disediakan KWSP bagi ahli yang akan diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan simpanan Shariah diuruskan mengikut shariah seperti di bawah Seksyen 43A, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan oleh KWSP untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi simpanan Shariah


Tujuan Simpanan Shariah

Simpanan Shariah ini diperkenalkan adalah untuk memenuhi tujuan berikut iaitu:

i) Ahli Beragama Islam
  • Bagi membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
  • Bagi memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
  • Bagi membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

ii) Ahli Bukan Beragama Islam
  • Objektif atau matlamat pelaburan dan profil risiko yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

Antara Perbezaan Ciri-Ciri Simpanan

Berikut merupakan Perbezaan ciri-ciri simpanan KWSP iaitu:

 


Kaedah Membuat Pertukaran


Bagi membuat pertukaran, sila ikuti langkah-langkah berikut:

i) i-Ahli
  1. Sila layari laman web i-Ahli iaitu https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member.
  2. Login dengan memasukkan user id dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
  3. Klik Tab Simpanan Shariah.
  4. Sila ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah dengan pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan Shariah, dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.


ii) Self-Service Terminal (SST)

Penukaran ini juga boleh dilakukan di Self-Service Terminal (SST) yang boleh didapati di cawangan KWSP yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ .

Catat Ulasan

0 Ulasan