ISU SEMASA
Cara-Cara Membuat Penamaan Waris Simpanan KWSP


Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disarankan untuk segera membuat Penamaan KWSP bagi memudahkan waris pencarum mewarisi simpanan tersebut tanpa sebarang masalah.
Namun, jika pencarum tidak membuat Penamaan KWSP, para waris pencarum mengalami kesukaran untuk mengeluarkan simpanan tersebut pada masa hadapan.
Oleh sebab itu, pihak KWSP mengalu-alukan pencarum KWSP membuat penamaan segera bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.
Antara Kepentingan Penamaan
Kepentingan penamaan ini adalah untuk memastikan perkara ini berlaku:- Memudahkan waris menguruskan simpnanan KWSP selepas ahli meninggal dunia.
- Memudahkan proses pengeluaran kematian dibuat oleh waris yang dinamakan.
- Memendekkan proses pengeluaran.
- Memudahkan penama membahagikan simpanan ahli mengikut undang-undang Islam.
- Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah.
- Memastikan waris mewarisi simpanan pencarum.
- Memupuk nilai-nilai murni serta kasih sayang terhadap ahli keluarga.
Kelayakan Penamaan
Syarat kelayakan yang membolehkan seseorang membuat penamaan adalah seperti berikut:- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998).
Cara Membuat Penamaan
Penamaan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:- Layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/member/nomination
- Klik butang ‘Muat Turun Borang Penamaan.’
- Isi borang penamaan tersebut.
- Hantar borang tersebut ke pejabat KWSP yang berhampiran.
Catat Ulasan
0 Ulasan