Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350.

Katanya, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.

Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.

Ia susulan Rang Undang-Undang Perbekalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan Parlimen sebelum 1 Jan 2023, maka peruntukan perlu dikeluarkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2023 bagi tempoh dari 1 Jan sehingga tarikh Rang Undang-Undang Perbekalan bagi 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.

Sebelum ini Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan mantan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam (BKK 2023)

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

Juga diteruskan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

Kerajaan melalui Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, telah bersetuju dengan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 kepada:

• Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah dan

• Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen


Jumlah Bantuan Khas Kewangan (BKK) Penjawat Awam & Pesara 2023

Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023
  • RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah
  • RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2022

Dibayar pada 17 Januari 2023.

Rujukan:

Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (17) bertarikh 27 Disember 2022 di pautan https://tinyurl.com/yc8jbsnj







Pertanyaan & Soalan Lazim


Emel pertanyaan:

JPA : bkk@jpa.gov.my

JHEV ATM : pencen.jhev@mod.gov.my

https://tinyurl.com/yc8jbsnj

Kenaikan Gaji Tahunan


Selain Bantuan Khas ini, Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari 2023.

Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180.

Catat Ulasan

0 Ulasan