Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Sehingga RM 61,000




6 Inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

1. Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1000

Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa.

Bantuan Wang Ihsan (atau BWI) telah dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini yang memakan masa 3 hingga 6 bulan. Ini akan memanfaatkan lebih 45,000 Ketua Isi Rumah.

Angka yang akan menerima bantuan ini boleh bertambah ramai apabila kita selesai mengenal pasti mereka yang terkesan tetapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (atau PPS).


2. Bantuan Pembelian Barang Keperluan RM2,500

Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 ini dikhaskan bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.

Memandangkan banyak sukarelawan serta NGO telah memberikan sumbangan peralatan kepada mangsa dan untuk mengelakkan pertindihan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan wang tunai ini khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing.

Pemberian ini adalah khas untuk mereka yang mengalami kerosakan barangan akibat banjir.


3. Bantuan Baik Pulih Rumah Sehingga RM5000

Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas.

Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah.

4. Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500

Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir.


5. Rebat Bil Elektrik 100%

Rebat Bil Elektrik 100% bagi mereka yang layak.

6. Diskaun Baik Pulih Kenderaan / Rebat Penggantian Kenderaan Baharu RM1000

Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta.

Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀

Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir.


Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000.

Semoga semua bantuan Kerajaan ini akan dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dengan musibah banjir yang sedang melanda negara.

Info Lanjut Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, sila layari laman web https://bantuanbanjir.com/index.html

Catat Ulasan

0 Ulasan