BAJET 2023 : Serba Sedikit Ringkasan Bajet 2023

 

Susulan kekalahan Pakatan Harapan, Menteri Kewangan Malaysia Tengku Zafrul akan membentangkan bajet 2023 buat kali pertama bagi pihak Perikatan Nasional. Pada 7 Oktober 2022, jam 4 petang, bajet 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat, parlimen Malaysia. Acara ini akan disiarkan secara langsung di televisyen dan di kedua-dua stesen radio percuma dan berbayar di seluruh Malaysia.

Memandangkan tahap hutang negara pada masa ini, mengurus kewangan negara sambil memastikan kebajikan rakyatnya memberi cabaran besar kepada tadbir urusnya. Pada 2018, Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengurangkan beban yang sedang ditanggung negara.

Bantuan Sara Hidup (BSH), iaitu sejenis bantuan wang tunai yang diberikan kepada golongan yang memerlukan khususnya golongan B40, merupakan salah satu elemen penting dan paling dinantikan oleh orang ramai. Proses penyediaan bajet tahunan adalah sesuatu yang mencabar kerana ia memerlukan mengimbangi keadaan kewangan fiskal negara dengan perbelanjaan di samping meningkatkan kesejahteraan umum penduduk.

Untuk mengelakkan isu atau hasil yang tidak diingini, seperti kenaikan hutang yang tidak wajar, kerajaan mesti lebih bijak dalam menguruskan kewangan negara. Pengurusan kewangan kerajaan mestilah mantap, dan tadbir urus yang berkesan dijangka membolehkan rakyat merasai tahap kesejahteraan yang mereka inginkan.

Ringkasan Tema Dan Peruntukan Bajet 2023

Tema Bajet 2023
  • "Keluarga Malaysia Makmur Bersama"

Peruntukan Bajet 2023
  • RM 372.3 Bilion

Matlamat Induk Belanjawan Bajet 2023

3R (Responsive, Responsible, Reformist)

  • Responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia
  • Bertanggunjawab membina daya tahan negara bagi menangani krisis yang mendatang
  • Reformis yang mengambil peluang merubah lanskap pembangunan negara agar inklusif dan mampan

Perincian Peruntukan Bajet 2023

  • Belanja Mengurus Operasi : 272.3 Bilion
  • Belanja Pembangunan : 95 Bilion
  • Dana Covid : 5 Bilion
  • Simpanan Luar Jangka : 2 Bilion

Fokus Kandungan Intipati Bajet 2023


Subsidi Elektrik
  • Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluaskan mengikut kepada isi rumah miskin tegar, e-Kasih berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat sebelum ini hanya kepada isi rumah berpendapatan RM980 ke bawah
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ditambah Baik
  • Kategori baru diperkenalkan bagi isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah layak untuk mendapat BKM sebanyak: Menanggung 5 orang anak atau lebih: RM2,500 Menanggung 1-4 orang anak: RM1,000 – 2,000
  • Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,500-5,000 pula layak untuk mendapat BKM sebanyak RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan tanggunan anak
  • Tambahan bantuan RM500 kepada ibu bapa tunggal pada tahun 2023 e-Pemula M40 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100

e-Pemula M40
  • 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100

Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia
  • Ibu bapa penerima BKM akan menerima bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 bagi kelahiran tahun 2023

e-Pemula Belia
  • Sebanyak RM200 kredit e-Wallet akan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off.
Bantuan Awal Persekolahan
  • Setiap murid akan menerima bantuan awal persekolahan yang ditambah berbanding tahun sebelum sebanyak RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa

Bantuan Musim Tengkujuh
  • Pekebun kecil getah akan menerima kenaikan BMT sebanyak RM200 menjadikan jumlah bantuan yang akan diterima pada tahun 2023 kepada RM800

Pas My50
  • Bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang, pas My50 akan diteruskan bagi tahun 2023

Catat Ulasan

0 Ulasan