ISU SEMASA
Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) ~ Cara Permohonan

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (PRKM) : KADAR BANTUAN BAHARU & CARA PERMOHONAN
Kabinet meluluskan cadangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KPLB) untuk menaikkan kadar bantuan seunit bagi pembinaan Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM).
Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kenaikan itu akan membantu kontraktor PRKM bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan, yang sebelum ini menyebabkan kegagalan pelaksanaan projek atas faktor tiada margin keuntungan.
Kadar Bantuan
Terdapat 2 kategori bantuan yang disediakan dalam program ini iaitu:A. BINA BAHARU
- Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
- Kadar Bantuan Baharu (2022)
-Semenanjung : RM66,000 seunit
-Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM79,000 seunit
B. BAIK PULIH
- Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
- Penyelenggaraan;
- Penambahbaikan; dan
- Requisition;
- Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
- Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.
- Kadar Bantuan Baharu (2022)
-Semenanjung : RM15,000 seunit
-Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit
-Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit
Syarat Kelayakan
Kumpulan sasar PRKM adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuatkuasa.Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PRKM yang LAYAK adalah seperti berikut:
- Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional
- Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) 2022
Untuk membuat permohonan, sila layari Portal Rasmi KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR di pautan https://www.rurallink.gov.my/ atau isikan borang permohonan online di pautan https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/onlineAnda juga boleh terus mengimbas kod QR dalam poster di atas.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan dan dapatkan info terkini melalui saluran berikut:- Facebook : Kementerian Pembangunan Luar Bandar
- Telefon : 03 8000 8000 | E-mail : info@rurallink.gov.my
- Alamat : No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya, Malaysia.
- Laman web : https://www.rurallink.gov.my/
Catat Ulasan
0 Ulasan