Permohonan Rumah PPRT Kini Dibuka Secara Atas Talian ~ Mohon Segera !



Pelbagai bantuan diperkenalkan pada tahun 2022 untuk membantu mereka yang memerlukan. Bagi yang tidak sedar, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah pun melancarkan PPRT atau Program Perumahan Rakyat Termiskin. Orang yang memerlukan bantuan dan ingin membina rumah baharu atau mengubah suai rumah sedia ada adalah sasaran untuk program ini.

Jenis Kategori Rumah PPRT

Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut :

1) Baik Pulih

a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting :
  • Penambah baikan
  • Penyelenggaraan
  • Permintaan
b) Syarat program bantuan baik pulih rumah
  • Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.
  • Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.

2) Bina Baru

Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu usang dan tidak selamat untuk didiami.

Bantuan PPRT

Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut:
  • Orang Kelaina Upaya – OKU
  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil
  • Warga Emas
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai
  • Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

Panduan Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 Secara Online

Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :
  • Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
  • Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utama
  • Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan
  • Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar Permohonan”

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Rumah PPRT, anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :
  • Talian Khas : 03 8000 8000
  • E-mel : info@ruralink.gov.my

Catat Ulasan

0 Ulasan