ISU SEMASA
BKM FASA 3 : Notis Bayaran Tunai BKM (FASA 3)

NOTIS DARI BSN MENGENAI BAYARAN BKM FASA 3 SECARA TUNAI
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun akan bermula secara rasminya pada 20 September 2022 dan ia akan dilakukan secara berperingkat.
Tarikh Bayaran Tunai BKM Di Kaunter BSN
- 20 September 2022 (Selasa)
Notis Penunaian Fasa 3 & Rayuan Bagi Penerima BKM Tunai
Penerima tunai adalah individu yang:- Tiada akaun bank
- Gagal kredit
Pastikan anda telah membuat semakan status kelulusan sebelum hadir ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.
Berikut langkah membuat semakan status BKM:
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
- Klik [LOG MASUK BKM].
- Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
- Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
- Selesai.
Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.
Jumlah Pembayaran BKM Bagi Setiap Kategori
Jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori adalah seperti berikut:Pembayaran akan dibuat secara berfasa – iaitu dibayar sebanyak 4 kali dalam tahun 2022.
Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah pembayaran setiap fasa.
Maklumat Lanjut
Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan Soalan Lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia .- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : bkm@treasury.gov.my
Borang
FAQ
Catat Ulasan
0 Ulasan