BKK : Bantuan Kanak-Kanak 2022 Sebanyak RM 1,000 Sebulan
.jpg)
Bantuan Kanak-Kanak 2022
Adakah anda sedar? Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mewujudkan program Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 sebagai bantuan khas untuk menyokong keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk terus hidup dan menerima penjagaan yang terbaik.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah mengumumkan peningkatan jumlah bantuan sehingga RM1000 daripada RM450 sebelum ini.
SYARAT KELAYAKAN BKK 2022
1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
CARA MEMOHON BKK 2022
Cara permohonan adalah seperti berikut:Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) - Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) - Muat Turun
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Semoga artikel ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.
Catat Ulasan
0 Ulasan