Mohon Segera Skim Bantuan Kanak-Kanak Sebanyak RM 1,000 Sebulan Bagi Tahun 2022



Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Skim Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga

Skim Bantuan Kanak-Kanak

Tahukah anda Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan bantuan yang dinamakan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 khusus untuk menyokong keluarga, penjaga, dan anak-anak untuk terus hidup dan menerima penjagaan yang mereka perlukan?

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah mengumumkan peningkatan jumlah bantuan kepada RM1000 daripada RM450 sebelum ini.


Kriteria Kelayakan Khusus

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.


CARA MEMOHON BKK 2022

Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :-

Borang Permohonan BKK RM1000 Sebulan

1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
2. Klik pada butang "Daftar Permohonan Atas Talian"
3. Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan info dan maklumat anda yang terkini dan sahih
4. Kemudian, klik pada butang "KEPUTUSAN"

Pejabat JKM

1. Pergi ke pejabat JKM terdekat bagi tujuan verifikasi permohonan BKK
2. Bawa dokumen ini bersama anda:
Salinan kad pengenalan pemohon
Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)3. Pastikan bawa bersama borang berikut:
Borang permohonan bantuan - KLIK SINI
Borang kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu - KLIK SINI

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga

Catat Ulasan

0 Ulasan