ISU SEMASA
Tarikh Keputusan SPM 2021 & Cara Menyemak Secara Online 2022
.png)
TARIKH PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2021 (2022)
Kini boleh menyemak keputusan SPM secara online tanpa perlu hadir ke sekolah.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sistem ini tidak bertujuan untuk mencetak slip keputusan peperiksaan.
Calon mesti hadir ke sekolah untuk menerima slip keputusan peperiksaan masing-masing
Berikut adalah cara membuat semakan dan bila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 akan diumumkan pada 2022.
Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2021
Keputusan SPM biasanya diumumkan pada bulan Mac setiap tahun.Namun disebabkan pandemik, terdapat sedikit kelewatan dan perubahan pada jadual peperiksaan berkenaan.
Seramai 401,105 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2020 mulai 25 Februari lalu dan semakan keputusan SPM diumumkan secara online bermula jam 10 pagi pada 10 Jun 2021 (Khamis) sehingga 19 Jun 2021 (Sabtu).
Bagi tahun 2022, tarikh keputusan SPM akan diwar-warkan dalam masa terdekat oleh KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP).
Buat masa ini, Fasa Kemaskini UPUOnline telah dibuka dari 1 Jun hingga 28 Jun 2022.
Bagi tahun 2022, tarikh keputusan SPM akan diwar-warkan dalam masa terdekat oleh KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP).
Buat masa ini, Fasa Kemaskini UPUOnline telah dibuka dari 1 Jun hingga 28 Jun 2022.
Untuk calon-calon yang bakal menerima keputusan, jangan lupa untuk kemaskini UPUOnline mengikut keputusan SPM terkini.
Kemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar :
- Lepasan SPM : 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.
- Lepasan STPM/Setaraf : 22 hingga 26 Ogos 2022 (Kecuali Diploma/Setaraf)
Kaedah Semakan Keputusan SPM
Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:- Secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh; dan/atau
- Menerusi khidmat SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini diaktifkan pada waktu yang diumumkan.
Semak Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia
Sistem ELP hanya dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM.Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.
Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:
1.Bagi Permohonan Melalui Pos
- Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
- Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
- Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
- Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
Catat Ulasan
0 Ulasan