Permohonan Rumah Mesra Rakyat Bagi Golongan B40 KINI DIBUKA !

\

Bagi membantu golongan B40 yang terdiri daripada nelayan, petani dan keluarga berpendapatan rendah, Rumah Mesra Rakyat (RMR) telah diasaskan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Orang yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah orang lain (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah yang selesa dan ideal layak mendapat bantuan perumahan mesra rakyat.

Untuk Rumah Mesra Rakyat ini, pemohon yang berkelayakan boleh memohon.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat diterangkan dengan lebih terperinci di bawah.

Harga Rumah Mesra Rakyat

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah mengeluarkan 6 jenis reka bentuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang terbaharu dengan harga RM75,000 dan juga RM85,000.

SPNB juga turut menawarkan bayaran bulanan rumah serendah RM300 sahaja.

Contoh-contoh Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat:







Kriteria Kelayakan

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi:
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
  • Layari laman web Permohonan Rumah Mesra Rakyat : https://rmr.spnbonline.com.my/.
  • Klik pada bahagian pendaftaran baru.
  • Isi maklumat dan klik butang ‘Daftar.’
  • Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  • Lengkapkan maklumat ke dalam sistem.
  • Klik ‘Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang.’
  • Hantar borang dan dokumen yang diperlukan Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan anda.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon hendaklah menyediakan salinan dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berhampiran seperti berikut:
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru.
  • Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua (disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A).
  • Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang (disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A).
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :
  • SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Catat Ulasan

0 Ulasan