Permohonan Rumah Mampu Milik Bagi B40 2022 ! ~ Dibuka Sekarang !



Untuk pengetahuan anda semua , tahun lalu sehingga tahun ini anda boleh buat permohonan rumah mampu milik seperti , Myhome , rumah transit dan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) . Jika anda berkelayakan boleh membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara ataupun dikenali sebagai SPRN.

Selain itu , TEDUH berfungsi sebagai untuk mengongsikan maklumat dengan mencari berkenaan dengan projek - projek mahupun program - program perumahan awam dan sawasta di negara kita.

Dalam modul portal TEDUH adalah Sistem Pengurusan Perumahan Negara ataupun dikenali sebagai SPRN yang akan memberikan pintu "one - stop centre" kepada rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan.

Anda perlu membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui cara - cara membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).

CARA MENDAFTAR SECARA ATAS TALIAN SPRN

  • Pertama sekali , anda perlu layari laman web rasmi SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/ untuk membuat pendaftaran
  • Seterusnya , klik pada "Daftar Akaun"
  • Masukkan nama dan emel untuk digunakan
  • Daftar serta semak untuk membuat pengesahan

Skim yang anda boleh membuat permohonan melalui SPRN adalah seperti

  • Skim SPP
  • Skim MyHome
  • Skim Rumah Transit
  • Skim Rumah PPR

CARA - CARA MEMOHON

Makluman anda semua , permohonan ini hanyalah boleh dibuat secara atas talian. Tambahan pula , KPKT telah mengugumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.

PROSES MOHON

I. Daftar akaun

Pendaftaran ini anda boleh buat melalui laman web portal rasmi di https://sprn.kpkt.gov.my/
Pastikan anda log masuk dengan maklumat nama , kad pengenalan dan alamat emel dan klik "Daftar"



II. Cara membuat pengesahan
  • Individu akan menerima email dari Pendaftaran Akaun SKim Perumahan Mampu Milik bagi membuat pengaktifan akaun yang telah didaftarkan
  • Pemohon perlu klik pada pautan yang bewarna biru untuk pengaktifan akaun
  • Anda perlu masukkan kata laluan
III. Log masuk
  • Pastikan masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan serta log masuk
IV. Pilih skim perumahan
  • Pastikan anda pilih skim perumahan yang telah ditawarkan mengikut kelayakan
V. Maklumat Pemohon
  • Anda perlu klik pada pautan maklumat pemohon
  • Pastikan anda mengisi maklumat pemohon dan klik butang "simpan"
VI. Pemilihan Projek
  • Klik pautan untuk membuat permohonan projek
VII. Dokumen Sokongan
  • Dokumen sokongan ini anda boleh dapat melalui muat naik dokumen sokongan
VIII. Pengesahan
  • Anda boleh klik pautan pada Pengesahan untuk menghantar borang permohonan

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan ini adalah berdasarkan skim yang anda ingin mohon , syarat kelayakan ini adalah berbeza - berbeza mengikut skim yang telah ditetapkan.

SKIM RUMAH PPR SERENDAH RM124 SEWAAN SEBULAN

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Berumur hendaklah 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah sebulan di bawah RM3,000
  • Belum memilik rumah sendiri

SKIM SPP

  • Permohonan serta pasangan merupakan warganegara Malaysia
  • Berumur mestilah 21 tahun hingga 70 tahun
  • Pemohon dan pasangan yang tidak mempunyai rumah sendiri
  • Mmepunyai pekerjaan dengan berpendapatan
  • Pemohon dan pasangan adalah bukan pekerja kakitangan kerajaan ataupun pesara
  • Jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM3,000
  • Mempunyai tanah sendiri ataupun ahli keluarga yang terdekat

SKIM RUMAH TRANSIT (SPRN)

  • Pemohon serta pasangan yag merupakan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun sehingga 30 tahun
  • Pemohon yang tidak mempunyai rumah di kawasan / negeri rumah transi yang telah dimohon
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000
  • Tidak mempunyai sebaranag rekod jenayah
  • Pemohon merupakan bekerja di kawasan / negeri transit rumah yang dimohon

SKIM MYHOME

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM10,000
  • Berumur mestilah di atas 21 tahun
  • Pembelian rumah bagi isi rumah pertama . Sekiranya pasagan sama ada suami mahupun isteri mempunyai rumah bagi isi rumah adalah tidak layak

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan , anda boleh terus merujuk kepada

Semoga Berjaya !

Catat Ulasan

0 Ulasan