Jawatan Kosong MARA 2022 ~ Peluang Berkerja Bersama Mara Di Dalam Bahagian Pentadbiran !



PELUANG KERJA MARA - Permohonan pelbagai jawatan MARA kini dibuka!

Jawatan kosong bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini dibuka mulai 13 Jun hingga 21 Jun 2022, untuk anda yang berminat.

Maklumat lanjut mengenai jawatan yang ada boleh didapati di sini

Jawatan Kosong MARA 2022

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, berfikiran kreatif, berinovatif, bersikap komited dan berkeperibadian cemerlang untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA.


Syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 5 hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  4. Calon bagi lantikan jawatan 6 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sila rujuk syarat lanjut melalui lampiran di bawah:


Cara Permohonan Jawatan Kosong MARA 2022

Permohonan Dalam Talian boleh dibuat melalui pautan berikut
https://apps.mara.gov.my/vacancy/


Sila rujuk iklan penuh >> https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan_080622.pdf

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 13 Jun 2022.

Tarikh tutup permohonan : 21 Jun 2022

Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk iklan permohonan melalui pautan di bawah:

https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan_080622.pdf

ATAU

Layari laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat di pautan ini http://www.mara.gov.my


Ayuh!!! Mohon segera dan selamat berjaya.

Baca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan

Catat Ulasan

0 Ulasan