Cara Untuk Membuat Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 - Secara Online


Pelbagai bantuan telah disediakan bertujuan membantu dan meringankan beban penduduk yang memerlukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan program yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT bagi mereka yang terlepas pandang.

Program ini bertujuan untuk mereka yang ingin membina rumah baharu atau membaiki rumah sedia ada dan memerlukan bantuan.

OBJEKTIF SEBENAR PPRT

Objektif utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin dan memerlukan. Ia dicapai dengan memulihkan atau membina rumah baharu untuk menyediakan persekitaran hidup yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan keluarga.


BANTUAN PPRT

Berikut merupakan golongan yang lebih diutamakan untuk membuat permohonan bantuan PPRT:
  • Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
  • Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.
  • Mangsa bencana alam yang berskala kecil.
  • Orang Kelaina Upaya – OKU.
  • Warga Emas.

JENIS KATEGORI RUMAH PPRT

Berikut merupakan 2 Program PPRT yang telah disediakan:

1) Baik Pulih

a) 3 elemen penting dalam proses baik pulih.
  • Requisition
  • Penyelenggaraan
  • Penambah baikan
b) Syarat program bantuan baik pulih rumah adalah seperti yang berikut:
  • Mendapatkan surat kebenaran untuk kes menumpang tapak tanah dari pemilik.
  • Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah yang rosak ataupun usang disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di perbaiki.

2) Bina Rumah

Untuk individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami kini sudah usang dan tidak selamat untu didiami, mereka akan diberikan bantuan pembinaan rumah yang baharu


CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PPRT 2022 - SECARA ONLINE

Sekiranya anda ingin membuat permohonan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan, berikut merupakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT yang telah disediakan:
  • Anda hendaklah melayari Portal Rasmi eSPKR - DI SINI
  • Setelah itu, tekan butang 'Program Perumahan Rakyat Termiskin' di halaman utama.
  • Anda mestilah melengkapkan maklumat anda yang dikehendaki di ruangan yang telah disediakan.
  • Sekiranya ianya telah lengkap diisi, tekan 'Hantar Permohonan'.

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh menghubungi pihak yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan Program Perumahan PPRT:
  • Talian Khas : 03 8000 8000
  • E-mel : info@ruralink.gov.my

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Its casino product delivers every thing that a player might anticipate kind such a brand. Crowned the 'Operator of the Year' in 2021 is proof that brand has every thing an avid casino visitor needs. ITech Labs is a testing and certification lab for Online Gaming techniques, focusing on compliance, software program quality, reporting and delivery. Having testing accomplished by iTech 로스트아크 Labs ensures that video games and gaming techniques comply with all relevant requirements, and that they are truthful, reliable and resilient.

    BalasPadam