ISU SEMASA
Lihat Cara Refund Duit Ke Dalam Kad Touch N Go Anda !

Cara Refund Touch n Go Untuk Kad Yang Hilang, Dicuri, Expired Atau Rosak
- Perkhidmatan e-Refund Touch ‘n Go ditawarkan kepada pelanggan yang telah mendaftarkan kad mereka di MyTouchnGo Portal.
- Jika anda merupakan pelanggan baru atau pelanggan yang sedia ada yang masih belum mendaftar, sila daftar terlebih dahulu di sini.
- Setalah mendaftar kad Touch ‘n Go anda di MyTouchnGo Portal, anda boleh mengurus kad anda dengan melihat transaksi anda, semak e-penyata anda, kemas kini maklumat peribadi anda dan mendapat balik baki jika kad anda hilang atau dicuri.
- Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:
- Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
- * Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
- Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
- Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
- * Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
- Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
- * Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
-----------------------------------------------------------------------
- Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh (30) hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.
- Bagi permohonan e-Refund buat kad Touch ‘n Go yang hilang atau dicuri, jumlah pembayaran balik baki kad adalah berdasarkan kepada jumlah nilai yang direkodkan pada tarikh permohonan e-Refund tersebut.
- Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh (30) hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.
- Wang baki akan dikreditkan ke akaun bank anda atau eWallet TNG yang telah disahkan.
Catat Ulasan
0 Ulasan