ISU SEMASA
Tarikh Bayaran Bantuan Hari Raya Aidilfitri JKM 2022 - Semak Sekarang !

Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM( mengambil inisiatif untuk melaksanakan bayaran bulan Mei lebih awal.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini bayaran bantuan Mei 2022 Sempena Perayaan Aidilfitri.
Tarikh Bayaran Bantuan Mei 2022
Untuk pengetahuan semua, bayaran bantuan bulanan JKM bagi bulan Mei 2022 akan dikreditkan kepada penerima bantuan bermula:- 25 hb sehingga 30 April 2022.
Senarai Bantuan Yang Anda boleh Mohon Daripada JKM
1. Bantuan Suri Rumah RM480Suri rumah akan menerima insentif sumbangan sebanyak RM480 yang telah bermula sejak 2019 dan tahun-tahun seterusnya. Selain itu, bantuan kematian juga disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2500.
2. Bantuan Kanak-Kanak
Tahukan anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.
3. Bantuan Warga Emas RM500
Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan menteri kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kebajikan Orang Tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Cara Mohon Bantuan Warga Emas
Untuk melakukan permohonan, sila ikuti segala langkah yang dinyatakan di bawah ini:- Sila layari ebantuanjkm
- Sila klik pada butang daftar permohonan.
- Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan.
- Setelah selesai, klik butang daftar.
- Dalam tempoh masa 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda. Senarai penuh direktori pejabat anda boleh dirujuk di sini - klik DI SINI
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat:Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
No. Tel: 03-8000 8000
Catat Ulasan
0 Ulasan