Pengeluaran Khas - 'Permohonan Diterima' Bermaksud Anda Dapat Membuat Pengeluaran ?


Beribu-ribu ahli telah menyemak perkembangan permohonan Pengeluaran Khas KWSP mereka sejak pautan untuk menyemak status dibuka pada tengah malam pada 9 April 2022.

Kerajaan telah mewujudkan satu skim bernama Pengeluaran Khas untuk membantu rakyat Malaysia yang dilanda wabak yang melanda negara sejak dua tahun sebelumnya.

Sejak semalam, sebilangan besar ahli menyuarakan rasa tidak puas hati dengan hasil semakan status yang dipaparkan.

'Permohonan Diterima' Bermaksud Lulus Pengeluaran?

Sekiranya hasil semakan status yang anda lakukan memaparkan nama anda serta teks 'Permohonan Diterima', ini bermakna permohonan pengeluaran khas anda adalah berjaya melepasi fasa awal (maklumat diisi semasa permohonan sahih dan terpakai) dan sekiranya kemudian hari anda terima status 'lulus', anda layak untuk menerima pengkreditan amaun pengeluaran secara one-off pada 20 April 2022.

Contohnya, sekiranya anda memohon amaun RM9,000 semasa permohonan Pengeluaran Khas, kemudian paparan pada semakan status menyatakan 'Permohonan Diterima' diikuti 'Lulus' (semakan dari semasa ke semasa), ini bermakna anda akan menerima bayaran RM9,000 secara one-off pada 20 April 2022.

Tahniah kami ucapkan!

Berita Baik Buat Semua !

Berita baik kepada semua ahli, semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat bermula malam ini 8 April 2022 jam 10 malam. Melalui laman facebook rasmi KWSP, cara semakan beserta pautan semakan dikongsikan kepada semua ahli yang memohon.


KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.

Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan? Apa yang perlu dibuat sekiranya LULUS permohonan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK LULUS permohonan? Pada artikel kali ini kami di mingguankerja akan berkongsi informasi penuh bagi memudahkan proses semakan anda.

Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang turut memohon pengeluaran khas ini.

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
  • Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  • Klik ‘Teruskan’
  • Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  • Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  • Isi No Telefon Bimbit
  • Sahkan Captcha
  • Klik ‘Semak Status’
  • Keputusan Permohonan Dipaparkan
  • Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  • Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  • Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
  • Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa

Catat Ulasan

0 Ulasan