ISU SEMASA
Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 - Kini Dibuka Untuk Semakan !

Bagaimanakah cara saya menulis ulasan? Apakah yang perlu anda lakukan jika permohonan LULUS dan apa yang perlu anda lakukan jika ia GAGAL? Kami akan menawarkan semua butiran dalam artikel ini lewat minggu ini untuk membantu anda dengan ulasan anda.
Sila majukan siaran ini kepada mana-mana rakan atau ahli keluarga yang mungkin telah memohon untuk pengeluaran khas ini juga.
Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
- Layari laman web rasmi KWSP iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my
- Klik butang 'Semakan Status'
- Isi maklumat anda (sekiranya diminta)
- Keputusan permohonan akan terpapar samada anda LULUS atau TIDAK
- Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
- Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
- Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
- Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa
Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan pilih MOHON SEKARANG.
2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan
4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN)
A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
B. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
5. Tekan TERUSKAN
2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan
4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN)
A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN
B. Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
5. Tekan TERUSKAN
6. Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakauan dan tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.
Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.
Jumlah Maksimum Pengeluaran Khas RM10,000
Semestinya jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum sebanyak RM50.Ahli pencarum perlu untuk menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 mereka sebelum mengakses akaun 1 mereka dan mereka wajib untuk mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.
Catat Ulasan
0 Ulasan