Pengeluaran Khas : Jangkaan Spesifik Waktu Pembayaran Pengeluaran Khas 20-21 April 2022



Hari ini, 16 April 2022 pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara rasmi mengeluarkan keputusan status permohonan Pengeluaran Khas. Semakan status tersebut boleh dibuat melalui laman web rasmi pengeluaran khas.

Selain ahli yang dijadual menerima pengkreditan pada 20 April 2022 (Rabu), terdapat sebilangan besar ahli yang dijadual menerima pengkreditan tersebut pada 21 April 2022 (Khamis). Kami mengucapkan tahniah kepada pencarum yang berjaya dan ingin berpesan agar sentiasa merancang perbelanjaan anda dengan cermat dan berhemat.


JANGKAAN SPESIFIK WAKTU BAYARAN PENGELUARAN KHAS

Memandangkan tarikh bayaran pengeluaran khas telah diketahui umum, pada entri kali ini kami akan berkongsi kepada anda jangkaan masa spesifik bayaran Pengeluaran Khas dikreditkan ke akaun bank anda seiring dengan waktu bekerja di Malaysia.

Jika merujuk kepada bayaran i-Sinar sebelum ini, kebanyakan bank-bank di seluruh negara akan melakukan proses pengkreditan bayaran pada waktu tersebut:
  • 8 AM - 12 PM
  • 2 PM - 5 PM
Berikut adalah jadual sebenar bagi waktu operasi bank bank yang terkemuka di Malaysia:


WAKTU OPERASI MAYBANK

Sekiranya anda ingin berurusan dengan Maybank, berikut adalah masa operasi maybank:

Semua Negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
  • Isnin – Khamis: 9:30AM – 2:00PM
  • Jumaat: 9:30AM – 2:00PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
Kelantan dan Terengganu
  • Ahad- Rabu: 9:30AM – 2:00PM
  • Khamis: 9:30AM – 2:00PM
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

WAKTU OPERASI CIMB BANK

Sekiranya anda ingin berurusan dengan CIMB Bank, berikut adalah masa operasi CIMB Bank:

Semua Negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
  • Isnin – Khamis: 9:15AM – 2:00PM
  • Jumaat: 9:15AM – 2:00PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
Kelantan dan Terengganu
  • Ahad- Rabu: 9:15AM – 2:00PM
  • Khamis: 9:15AM – 2:00PM
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP
  • Tiada temujanji diperlukan tetapi anda sebaik urusan dilakukan secara online melalui website CIMB Bank DISINI (https://www.cimbbank.com.my/en/personal/banking-with-us/ways-to-bank/online-banking/instant-registration.html)

WAKTU OPERASI BSN

Sekiranya anda ingin berurusan dengan BSN, berikut adalah masa operasi BSN:

Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor
  • Isnin – Khamis: 10:00AM – 3:00PM
  • Jumaat: 10:00AM – 3:00PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
Kelantan dan Terengganu
  • Ahad- Rabu: 10:00AM – 3:00PM
  • Khamis: 10:00AM – 3:00PM
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP

WAKTU OPERASI BANK ISLAM

Sekiranya anda ingin berurusan dengan Bank Islam, berikut adalah masa operasi Bank Islam:

Semua Negeri di Semenanjung kecuali Kelantan, Terengganu & Johor
  • Isnin – Khamis: 9:00AM – 1:00PM
  • Jumaat: 9:00AM – 1:00PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
Kelantan dan Terengganu
  • Ahad- Rabu: 9:00AM – 1:00PM
  • Khamis: 9:00AM – 1:00PM
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP
Sabah, Sarawak & WP Labuan
  • Isnin – Khamis: 9:00AM – 1:00PM
  • Jumaat: 8:00AM – 12:00PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP

WAKTU OPERASI RHB BANK

Sekiranya anda ingin berurusan dengan RHB Bank, berikut adalah masa operasi RHB Bank:

Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor
  • Isnin – Khamis: 9:15AM – 2:00PM
  • Jumaat: 9:15AM – 2:00PM
  • Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
Kelantan dan Terengganu
  • Ahad- Rabu: 9:15AM – 2:00PM
  • Khamis: 9:15AM – 2:00PM
  • Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP
  • Untuk maklumat lebih lanjut mengenai masa operasi CIMB Bank boleh klik DISINI (https://rhbtradesmart.com/mco/branchoperations.html)

Bagaimanakah cara bayaran Pengeluaran Khas?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ini saya punya abdulnajibismail punya mll@46najibgmila.com mll45@najibgamil.com check 30april10ribu

    BalasPadam