Maksud Status Permohonan Diterima Menurut KWSP


Ramai pencarum masih keliru dengan status permohonan diterima yang muncul di permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 mereka. Mereka risau adakah permohonan mereka ini ditolak? Tidak diterima? Atau masih dalam tempoh semakan secara berperingkat?

Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini maksud status permohonan diterima menurut KWSP.

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Bayaran Pengeluaran Khas akan dibuat secara berperingkat bermula 20 April 2022


Cara Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke sama di portal Pengeluaran Khas.

Maksud Arahan Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima notis pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran.


Maksud Status Permohonan Anda Telah Diterima

Ramai keliru dengan status Pengeluaran Khas KWSP "Permohonan Anda Telah Diterima". Ini penjelasan KWSP:
  • Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.
  • Anda boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di Portal Pengeluaran Khas

Status Permohonan Diterima Bukan Bermaksud Ditolak

Walaupun ramai yang risau dan keliru dengan status permohonan mereka yang diterima, anda jangan risau kerana proses semakan sedang dilakukan secara berperingkat-peringkat daripada semasa ke semasa.

Sekiranya anda semak hari ini, status permohonan anda masih berstatus diterima, anda boleh lagi semak keesokan harinya untuk mengetahui status lulus Pengeluaran Khas KWSP anda. Ada rezeki, giliran anda juga akan lulus.

Catat Ulasan

0 Ulasan